Someday you’ll forget the closeness we have and the jokes we’ve shared. You’ll meet someone who can get along with you more than I can. But what I hope is that someday you’ll realize that I’m someone who has touched your life.

Alhamdulillah

Assalamualaikum.......

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang telah memberi pelbagai nikmat kepada diri ku ini. Allah, terasa hina sungguh diri ini. Syukur pada Allah yang telah memberi kebahagiaan kepada ku dan juga ibu ayah, guru-guru serta rakan-rakan ku. 

"Ya Allah, aku bersyukur padaMu atas segala nikmatMu. Ya Allah, terima kasih kerana hadirkan kekuatan padaku tika aku lemah dan terjatuh. Ya Allah, terima kasih kerana hadirkan kebahagiaan kepadaku dan kedua ibu bapa ku setelah Kau uji kami. Ya Allah, terima kasih kerana hadirkan ibu bapa yang selalu menyokong dan membimbing hambaMu ini. Terima kasih atas ilmu Mu, kurniaanMu melalui guru-guru ku serta rakan-rakan ku.Terima kasih atas kejayaan yang Kau berikan kepada ku. Ya Allah, tanpaMu siapalah aku."

*Momento 19 Disember 2012*
....10 pagi....
Sampai sekolah, terus pergi pejabat. Cikgu tengah susun slip ikut nama and angka giliran. Ada cikgu bagitahu 3 orang je dapat straight A. Time tu tak rasa apa lagi. Tiba-tiba, sorang cikgu keluar pejabat and cakap, "Dah boleh ambil slip." Ketika itulah baru hadir rasa gementar macam nak terkeluar jantung pun ada. Tangan sejuk, tapi belum tahap beku lagi lah. First, sorang makcik ni pergi kat kaunter, ambil result anak dia. Then, ibu keluar dari pejabat and tanya aku, "Nak ibu ambil ke Ain yang ambil?" Decision aku, better aku pergi ambil kan. Ibu tunggu kat luar je. So, aku pun dengan penuh perasaan yang tak tahu nak cakap macam mana, pergi kat kaunter sambil genggam tangan erat erat. Abang Wan (Azzuan nama sebenar) tanya aku nama apa. Then, dia cari slip aku. Tiba-tiba dia cakap macam ni, "Eh, BM dia. Tsk tsk *sambil geleng kepala*" Time tu aku dah mengucap dah. Muka takpayah cakap, punya lah cuak. Then, akak kerani tu cakap "biarlah dia tengok sendiri. Jangan bagitau" Sampai je slip kat tangan aku, terus perkataan "Alhamdulillah" meniti di bibir. Ya Allah! Taktahu macam mana nak gambarkan perasaan sendiri. Terus berlari kat ibu and peluk dia. And I was crying at that moment. Paling tak dijangka, Angah pun nangis wehh. *Angah tu kakak aku* Then, aku lap airmata, salam guru kelas aku yang berdiri sebelah mak aku tu. Then, aku nampak Ustazah Rokiah. Pergi salam dia and she hug me very tightly, very very tightly. Cikgu pun tak ramai time tu, so aku pergi salam yang mana ada je lah kan. And guess, siapa lagi 2 orang yang dapat straight A tu? *angkat kening* Ehem ehem, 2 orang tu, lelaki wehh. So, aku diapit oleh dua jejaka gituhhh. Irfan and Zaid. Time tu, Irfan ada lah, Zaid tak nampak pulak. Dia tak sampai lagi time tu. And yea, tahniah kepada semua calon SMASP. Anda dah buat yang terbaik. 

Lepastu, aku calling-calling budak Samer, call Maryam je lahh. Dah tu, dia je yang reti nak angkat phone. Maryam kata, 23 orang dapat straight A. Ohhh, tahniah. Jap, ramai sangat, aku tak berapa nak ingat. AinFarhana, AfifahAhmad, Qamarina, Hazim Sharipan,Alil and aku tak ingat. Tahniah juga kepada Maryam, Adah, Najihah, Ecah, Qeah, Dayah, Afza, etc etc. Ramai sangat. Penat nak taip. Tak lupa, Hidayat jugaaaa, ex-samerian like me, family Rev27.

Kepada yang lain, jangan putus asa. PMR is not the end. Teruskan usaha. Remember! Allah looks our effort not our result. Teruskan bermunajat pada Allah, sama ada yang berjaya atau tak tu. Jangan time susah ingat Allah, time senang lupa pulak. And yea, Congratulations to all of you! :D

Thank You Allah for giving them a big and happy smile. :')

Moment before own my slip. With Angah. 

Hug my mom with tears.

Angah pun menangis. See!

Moment after get the result. 

Irfan, the boy who got straight A's. Zaid was not coming yet.

Ya Allah! Tetapkan hatiku padaMu. Semoga kejayaan ini menjadi motivasi kepada diri ku dan juga yang lain untuk terus berjaya. InsyaAllah. Adiosssssss~ 

Assalamualaikum.......

p/s: Jangan putus asa. Innallaha Maa'ssobirin.

19 December 2012?

This baby is totally comel like me, right? *Puihhhhhh

Assalamualaikum.

19 Dec? Apa kena dengan tarikh tu? Wehhhhhh, result PMR wehhh, result. Uhuk uhuk, aku tak tahu nak express feeling aku macam mana. Aku bagitau ibu dengan bangga dan gembiranya, result keluar 19 Dec. 9A, insyaAllah. Aminnnnnnnnnnnnnn.

Saat saat getir ni, memang banyak ujian yang datang. Macam macam dugaan, sampaikan aku tak habeh habeh rasa nak menangis. Setiap kali aku turn on zikir kat playlist, bergetar satu badan aku, something yang tenang dan mendamaikan tapi mampu mengocakkan hati aku tentang kebesaran Allah. Setiap apa yang terjadi, sudah diaturkan dan sudah pasti ada hikmahNya. Solat dan doa sangat sangat penting untuk aku, supaya aku mampu bangun bila aku jatuh, mampu membuatkan aku kuat untuk hadapi segala ujian. 

"Terkadang aku rebah bila bersendirian. Terkadang seperti malap apa yang ku pandang. Tapi, Allah tetap memberi pertolonganNya. Allah terus memanggil aku untuk bermunajat padaNya, ingat padaNya. Allah sentiasa bersama ku. Dia hadirkan teman buatku tika aku tak mampu bangun. Teman yang kian menjadi sahabat. Allah hadirkan wakilNya untuk terus nasihat aku, bimbing aku ke jalanNya. Allah sayang aku, maku diuji ku begini. Ya Allah, kuatkan aku, berikan aku kesabaran hadapi apa pun ujianMu, berikan aku kebahagiaan. Aminnnnnn."

p/s: Ain Farhana, thanks sudi dengar apa aku cerita selama ni. Cukup hanya sebagai pendengar yang setia. And kepada yang lain juga, thanks a lot. Tak ada yang dapat gantikan apa yang korang buat selama ni. Thanks again. :')

Mixed II

Loo Jo Yee binti Abdullah. Muka aku macam muka dia ke?

Assalamualaikum.

15 Muharram 1434H/29 November 2012.
Hari Khamis, macam biasa program setiap bulan kat masjid, Zikir Munajat bersama Ustaz Badrulamin a.k.a My Abah. Tajuk ceramah pada haritu, bebas kott. Tapi aku ingat, abah cakap pasal hijrah. Hijrah ni bukan bermaksud kita berpindah tempat duduk, tempat bermastautin dsb, tapi hijrah maksudnya perubahan, pengorbanan. Sangat besar maksud hijrah bagi sesiapa yang mendalami maksudnya. Setiap manusia perlu berhijrah dari perangai keji ke perangai baik, malas ke rajin, dan lain-lain. Serious, aku tabik manusia yang berhijrah ni. Bukan senang nak hijrah kalau tak cari hidayah tu. Sama lah jugak macam makanan. Kau tak cari makanan, tak ada nya makanan tu nak datang bergolek golek kat kau. Semua benda pun macam tu jugak. So, selagi terdaya, ada kudrat, carilah hidayah tu, cari keredhaan Allah, berubah lah, bertaubat lah secepat mungkin. Allah Maha Pengampun.

Then, ada lagi abah cakap pasal fitrah. Apa maksud fitrah? Fitrah bermaksud kita kembali kepada tempat asal kita, asal kejadian kita, kembali kepada akidah yang betul berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah dan berbagai bagai lagi maksud fitrah. Klik link ni kalau nak tahu maksud fitrah dengan lebih mendalam, Maksud Fitrah. Jadi, abah ada selitkan cerita dimana seorang hamba telah menunjukkan bahawa dirinya hendak kembali kepada fitrah. 'Saya' dalam cerita ni adalah abah.

*************************

Minggu lepas, saya ceramah di Selayang. Lebih kurang jam 6.30, ketika saya sedang berzikir munajat sebelum saya memulakan ceramah, tiba-tiba ada rakan telefon dan bertanya,

Rakan: Assalamualaikum Ustaz. Maaf mengganggu. Ada seorang cina nak datang, dengar ceramah ustaz. Dia sangat tertarik dengan Islam. Boleh ke, ustaz?
Saya: Waalaikumussalam. Ye, boleh. Bawalah dia ke mari.

Selepas habis zikir, saya nampak rakan saya datang bersama seorang cina, likungan 50-an begitu. Saya nampak dia duduk di beranda. Lalu, jemput dia masuk dan saya perkenalkan dia pada para jemaah.

Saya: Para jemaah sekalian, kita ada tetamu pada harini. Namanya, Tomin or Tomim (Sorry, aku tak ingat) Beliau sangat tertarik dengan Islam. Dan harini, saya jemput beliau bersama sama kita mendengar ceramah.

Tom ini seorang cina beragama buddha yang ingin convert to Islam. Dia kata, "Sejak saya kenal Islam, tidak ada satu pun yang saya tak perkenan dengan Islam." Dia jujur dengan fitrahnya. Fitrah, hakikat kejadiannya bahawa Islam satu satunya agama disisi Allah. Lalu saya tanya, "Jadi, kenapa tidak convert lagi? Convertlah, ramai yang mengalu alukan kamu." Fitrahnya kata, Islam itu cantik, hukumnya baik, ajarannya sempurna. "Saya ada seorang kawan perempuan Islam, saya sangat sangat tertarik dengannya. Saya tertarik dengan Islam. Tapi saya taknak saya convert kerana seorang perempuan Islam. Biarlah saya convert kerana keinginan yang datang dari hati saya", Tom. Walhal, Tom sangat sangat kagum dengan Islam, walaupun bukan kerana perempuan itu. 

*************************

Sungguh, aku mengagumi dia yang kembali pada fitrahnya. Dia cari hidayah, dia dapat. Fitrah dan hijrah tu lebih kurang sama. Apa salahnya, kita berhijrah, kembali pada fitrah kita. Sebagaimana mereka yang convert to Islam, begitu juga dengan diri kita ni. Setiap hari, pasti ada dosa yang kita lakukan dalam sedar atau tidak. So, aku just nak korang sedar semua benda ni. Tak banyak, sikit pun jadilah. Benda baik, aku kongsi je. Dan doakan juga agar Tom memeluk Islam dengan sempurna. Aminnnnnnn. 

Adiossssss.

p/s: Allah tahu setiap apa yang terdetik dihati kamu. Innamal A'maaalu Binniyyaat. Sesungguhnya, sesuatu amalan itu bermula dengan niat. :)