Someday you’ll forget the closeness we have and the jokes we’ve shared. You’ll meet someone who can get along with you more than I can. But what I hope is that someday you’ll realize that I’m someone who has touched your life.

Bismillahirrahmanirrahim.


Buat mawar mujahidah yang sedang merindui jalan menuju Allah. Renungan dikala hanyut dengan fatomorgana dunia.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bismillahirrahmanirrahim.
Teristimewa Buat Kamu. 

Sahabatku, 
Sesungguhnya kejadianmu terlalu indah tercipta daripada tulang rusuk Adam yang bengkok untuk dilindungi dan disayangi, bukannya diciptakan daripada kepala untuk disanjung dan dipuja, bukan pula diciptakan daripada kaki untuk dipijak dan dijadikan hamba sahaja. Lantaran daripada keindahan ciptaanmu itu, kau umpama sekuntum bunga yang mana harum aromamu bisa menarik perhatian sang kumbang untuk mendekatimu. Adakah semudah itu kau ingin menyerah diri pada sang kumbang?

Renunglah pada keindahan bunga mawar yang unggul terjaga berpagarkan duri sebagai bentengnya. Dari kejauhan keharumannya mencuri perhatian. Kilauan yang memancar indah menjadi tarikan. Namun, lantaran pagaran duri yang berbisa itu, sang kumbang tertunduk kagum terhadap keindahan yang terjaga sehinggakan ia berfikir beberapa kali sebelum mendakatinya.

Sahabatku,
Akuilah hakikat kejadian dirimu yang menjadi pelemah keimanan lelaki. Seandainya pakaian malu kau tanggalkan daripada tubuhmu dan perbatasan aurat kau pandang sembarangan, jadilah dirimu hanya sekuntum bunga yang indah tapi sayang tidak berduri. Kau tidak layak lagi dimahkotakan sebagai si mawar berduri. Sesungguhnya, utusan Allah ada mengatakan tentang bahaya dirimu:

   "Tidak ada fitnah yang lebih besar setelah wafatku selain daripada fitnah yang berpunca daripada wanita."

Adakah engkau mahu menjadi penyebab terhadap terhumbannya lelaki ke neraka?

Ingatlah sahabatku yang disayangi kerana Allah,
Ingatlah bahawa ciri-ciri seorang wanita solehah ialah dia tidak melihat lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya kecuali atas urusan yang diizinkan. Sesuatu yang tertutup itu lebih indah dan berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah. Yang tertutup itu indah! Alangkah baiknya jika kau memelihara keindahan dirimu sebagai hadiah yang kudus, suci, mahal dan berharga buat kumbang terpilih yang telah dijanjikan Allah buatmu.

Indahnya hidup ini andai melayarinya dengan bernaungkan keredhaan Allah, bertunjangkan ilmu dan kebenaran, bersulamkan akhlak penuh menawan. Sesungguhnya, wanita solehah menjadi idaman setiap insan soleh bernama Adam.

Inginku menjadi sang mawar di taman,
Cantik menawan,
Duri berceracak.

Bukan sang dedap di hutan,
Meskipun indah luaran,
Baunya tidak tertahan.

Sekali wanita tergoda, gugurlah sekuntum wardah di syurga. Sekali wanita ternoda, berdekah-dekahlah syaitan di neraka.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Wahai sahabatku.
Satu kesilapan yang kita buat, Allah tunjukkan jalan untuk kita hapuskan kesilapan itu. Jangan lupa Allah sedikan alunan suci zikir kepada Allah disusuli solat taubat. Allah sayangkan kita. Jangan biarkan dosa lalu terus berlalu begitu sahaja. Walaupun di dunia kita selamat, namun bagaimana pula di akhirat kelak, di padang mahsyar? Anggaplah warkahku ini sebagai renungan di kala kita leka dalam lautan kehidupan ini. Uhibbukumfillah. :')