Someday you’ll forget the closeness we have and the jokes we’ve shared. You’ll meet someone who can get along with you more than I can. But what I hope is that someday you’ll realize that I’m someone who has touched your life.

Allah knows everything.

Rintihan hamba-Mu.........

Biar berlinangan airmata
Ku takkan hentikannya
Biarkan ia menyembuh luka
Hilanglah rasa duka.

Tidakku termampu merentasi liku-liku
Oh sungguh ku tak mampu hadapi semua itu
Oh sungguh ku tak upaya.

Jangan dibiarkan jerih perih kehidupan
Bisa meleraikan iman
Kan hancur semuanya
Walaupun menitis airmata darah
Tak bisa merubah segalanya
Melainkan taubat nasuha
Moga kan diterima.
Ya Rabbi, istajib dua ana.

Namun ku percaya
Masih ada kesudahannya
Kerana Allah itu Maha Kaya Maha Mendengar
Rintihan hamba-hambaNya
Kerana sesiapa bertaqwa kepadaNya
Pasti akan ada jalan keluarnya
Rezeki yang tidak disangka-sangka
Cukup Allah baginya 
Berkuasa segala-galanya
Terima seadanya.

Assalamualaikum. Kaifa halukum? *Wahh! Dah pandai cakap Arab pulak. -.-*

Okayyyy. Aku tak tahu amenda yang aku nak merepek harini. But just keep scroll down. "Kita tak boleh ubah persepsi orang, tapi kita lah yang kena berubah." Aku tanya kau lah kann, apa yang kau faham daripada ayat ni? Maknanya, kita lah yang kena berubah. So, itulah yang aku cuba buat. Aku nak berubah. Bukan senang nak berubah ni. Dengan kata-kata cacian orang sekeliling kau, dengan pelbagai tekanan pelajaran dan macam-macam lagi lahhh. Lagi lah kalau takde yang nak bagi kau semangat, takde yang nak bantu kau berubah. See! Memang bukan senang, kan? Tapi bagi aku, ni semua ujian dari Allah yang nak aku berubah. Jadi, aku kena hadapi ujian ni dengan apa cara sekalipun. Hanya mahu membuktikan yang aku mampu berubah even banyak halangan, ujian dan cabaran yang perlu aku hadapi. 

Langkah awal aku, aku cuba dekatkan diri aku dengan orang-orang yang alim. *walaupun takde sebenarnya kat sini* Then, takpe lahhh. Aku baca buku-buku islamik yang aku rasa boleh membantu aku seperti contoh, SOLUSI. This book is quite awesome! Banyak bagi aku kata-kata semangat yang menaikkan lagi semangat aku untuk terus berjuang merubahkan diri aku ni. Then, aku baca artikel-artikel islamik yang aku boleh dapat kat iluvislam punya web kannn. Best best dia punya artikel. (Y)

Langkah seterusnya. *gaya dah macam nak ajar kau cara masak je kan* Aku aplikasi kan apa yang aku baca tu dalam kehidupan seharian aku. Contohnya, solat 'on time'. Yeah! Before this, aku suka lah lambatkan solat esp solat Isya'. Seboleh bolehnya aku tunaikan Isya' aku tu sebelum aku tidur. Dah kalau aku tertidur kanggg, excident lah Isya' aku tengah jalankan. Next, aku baca AlQuran. Hayati setiap maksud apa yang aku baca kat dalam solat. Aku buat solat hajat setiap malam kalau aku tak terlupa. Aku khusyukkan diri aku dalam solat. Aku kurangkan bercakap kalau aku rasa tak perlu. Aku cuba tweet pasal Islam yang aku rasa tentang diri aku sendiri. Aku cuba berkawan dengan orang yang boleh tolong akuu. Atas apa yang berlaku kat aku, aku cuba berfikiran positif. Aku letakkan tangan ke muka, dan berkata, "Ini semua ujian Allah. Pasti terselit hikmah yang mungkin, akan terpapar di akhirat kelak." Dan yang pastinya, yang sampai sekarang pun aku masih mencuba adalah lupakan kisah pahit aku. This is the main thing that I can't do. Entah kenapa aku tak boleh lupakan pun, aku taktahu. Mungkin Allah taknak aku lalai dengan dunia ni. Mungkin, kalau aku lupakan, aku akan ulang balik sejarah tu.*postive thinking* But, I wont repeat that. Its so hurt to go through all that kinda of thing. 

To awak.
Saya tak tahu apa yang awak fikirkan tentang diri saya. Sama ada saya dah berubah atau belum. Saya tahu saya takboleh ubah apa yang awak fikirkan tentang diri saya. Tapi saya nak awak tahu. Sebenarnya, awak ialah orang yang Allah utuskan kepada saya untuk saya berubah. Dengan gaya awak, cara percakapan awak, rutin harian hidup awak dan macam-macam lagi. Awak ajak saya berubah ke arah kebaikan. Saya tahu, sama ada awak ataupun saya, kita tak mampu nak dengar cacian orang lain lagi. Semuanya perit kann. Bukan senang nak hadapi semua ni, awak. Cara awak memberi saya inspirasi. Mungkin awak boleh berubah dengan cara awak tu tapi saya tak boleh ikut rentak awak. Kita tak sama. Tapi yang pastinya, kita dua-dua nak berubah. Ada teguran awak yang saya boleh terima, ada yang saya rasa awak seakan-akan memerli saya. But after that, I've make up my mind that you just wanna me to change. Its good enough. And thanks for that. Time saya susah, awak bagi kata kata semangat yang sikit sikit meresap kat dalam hati saya walapun saya ego nak mengaku. Same goes to you. Bila awak rasa down, saya bagi awak semangat supaya awak terus berjuang untuk berubahhh. Dan bagi saya, awak kuat untuk hadapi semua ni. We are strong enough to face all this kinda of problems. Saya minta maaf kalau ada buat salah kat awak, andai ada kata yang mengguriskan hati awak. Semoga awak tenang berada dalam mencari cinta Allah. Semoga Allah pelihara awak dimana jua awak berada. Dan insyaAllah, kita akan dipertemukan di syurga Allah nanti, sahabat. :)

And here, I have something to be share with all of you. Just click this link, --------------> Zikir Munajat - Taubat Nasuha

"Seberapa banyak mana pun dosa yang kamu lakukan, sebanyak mana pun kamu mengulangi dosa kamu, Allah akan tetap akan mengampuni kamu jika kamu terus bertaubat kepada Allah. Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud, 'Sesungguhnya Allah menadahkan tangannya diwaktu malam, menanti hamba-hambaNya yang melakukan dosa pada waktu siang. Dan Allah menadahkan tangannya pada waktu siang, menanti hamba-hambaNya yang melakukan dosa pada waktu malam. Dan begitulah sehingga hari kiamat.' Lihatlah. Betapa penyayang, pengasih dan rahmatnya Allah terhadap hambaNya. Cuma kita yang masih lambat untuk terus bertaubat. Wahai hamba-hamba Allah, selagi kau masih mengaku Allah Tuhanmu, selagi kau yakin Allah itu Maha Pengasih, Maha Penyayang, datang lah, datang lah kepada Tuhanmu. Kau tetap akan diberi keampunan. Marilah sama-sama kita berubah ke arah kebaikan." 

Ya Allah. Kau pimpinlah hatiku ke jalan Mu. Kau tetapkanlah hati ku untuk terus berjuang ke jalan Mu. Dan pandang lah aku dengan pandangan rahmat Mu, Ya Rabbi. Ya Rabbal A'lamin.


p/s: Hati kita juga memerlukan didikan. :)