Someday you’ll forget the closeness we have and the jokes we’ve shared. You’ll meet someone who can get along with you more than I can. But what I hope is that someday you’ll realize that I’m someone who has touched your life.

A lesson

Gambar hiasan semata mata.
Assalamualaikum.

Maaf kerana sudah lama menyepi. Almaklumlah, boleh tahan busy juga. *Mungkin tak busy* Err, abaikan. Baru dua minggu sekolah kerja bertimbun bagaikan sebulan. Yea, hakikatnya sebulan sekolah tapi aku cuti tiga minggu sebab pergi umrah. Boleh tengok gambar kat atas tu lah ea. Best moment ever 20Feb - 4Mac. New experience dan a few things sebagai pengajaran.

Yea, talk about 'a lesson'. Last night, memberi aku pengajaran yang cukup bermakna dalam hidup aku, after the moment past 2 years. Aku belajar erti menyayangi dan disayangi, erti mengasihi dan dikasihi, dan paling penting, erti menghargai dan dihargai. 

Biasalah manusia, terutamanya aku. Bila someone tu dah tak ada depan mata kita, baru kita sibuk nak mencari. Time dia ada, tak pernah kita hiraukan dia, tak pernah kita nak kisah pasal dia. Bila dia dah tak ada, nak menangis, nak menyesal tu semua tak berguna lagi. Dah tak bermakna, tak memberi kesan apa-apa.

Allah pinjamkan dia tapi kita tak pernah nak hargai. Bila tiba masanya Allah ambil dia kembali, baru kita menyesal. Baru tahu nak hargai dia apa semua. *Aku lah orangnya tu* Allah sedang mengajar aku erti bersyukur, menghargai kasih sayang seseorang, hargai apa yang dia dah buat, apa yang dia dah beri. Allah nak aku belajar erti sebuah pertemuan dan perpisahan. Allah ajar aku nilai sebuah persahabatan. Bila Allah dah ambil kembali apa yang sebelum ni milkNya, Allah nak aku kuat, sabar dan tabah. Allah nak aku ingat, tak semestinya apa yang aku ada sekarang akan jadi milik aku selama-lamanya. Allah nak aku ingat, banyak mana pun aku sayang dengan apa yang aku ada sekarang, semuanya milik Allah. Banyak mana pun aku sayang kat keluarga and sahabat aku, Allah lebih menyayangi mereka. Kasih sayang aku takkan pernah dapat menandingi kasih Allah.

Hebat percaturan Allah. Haritu, orang lain datang berduka kat aku, cerita tentang life dia. Tapi aku sikit pun tak ambil pengajaran. Aku hanya menasihati dia tanpa aku sedar yang sebenarnya, nasihat tu untuk diri aku juga. Harini, Allah balas, Allah hukum aku. Aku lah hamba yang tak tahu bersyukur, hamba yang hina, penuh dengan dosa.

Melalui dia, Allah beri aku kekuatan untuk bangun dan fight for these big challenges in life. Melalui dia, Allah ajar aku, one day, I can't ever expect somebody is here with me to hear my probs but Allah does. Allah is always with me. Through him, Allah teach me to be strong and never give up! And through him, Allah give me His love and care.

Wahai Sahabat,
Ketahuilah, mengenali kau merupakan kenangan yang takkan dapat dilupakan sampai bila-bila. Mengenali kau telah mengajar aku erti kehidupan sebenar. Kau celikkan mata aku dengan kehidupan dunia sebenar, bukan di alam fantasi. Kata-kata kau telah sedarkan aku dari mimpi yang panjang. Aku sangat mengagumi Penciptaku kerana Dia telah menciptakan kau yang pandai berkata-kata. Subhanallah! Duhai sahabat yang telah dijanjikan kejayaan dalam hidupmu, go and fly away. But bear this in your mind! If one day, you need someone, Im here and always here, waiting for you. Love and always miss you. Take care. Excusez-Moi. Au revoir. Assalamualaikum.

Allah mataku, jagakan dia disana. Ameen~