Someday you’ll forget the closeness we have and the jokes we’ve shared. You’ll meet someone who can get along with you more than I can. But what I hope is that someday you’ll realize that I’m someone who has touched your life.

Terima Kasih Allah!

Assalamualaikum! =D

Huithuit. Tengok berhabuk dah blog ni. Kesian betul. Lama kan aku tak post? Rindu leeetteeww. Haa, cakap pasal 'leeetteeewww' ni kan, ada je orang nak bahan aku dengan perkataan tu. Tahu lah comel. Mwehehehehehe ;)

Okayokay. Lay down that. See my title? Terima Kasih Allah! Yeahh! Hidup harus selalu berterima kasih. Bersyukur dengan segala nikmat yang dikurniakan.

Kalau kita berdoa supaya Allah berikan kita kesabaran, maka Allah akan menguji kita. Sebab dalam ujian-NYA, dia kurniakan kita kesabaran. Hebat kan Allah tu! Kalau kita berdoa supaya Allah berikan kita kebahagiaan, maka kebahagiaan lah yang dikurniakan. Mungkin bukan kepada kita, tapi orang sekeliling kita. Melihat mereka bahagia pun dapat membahagiakan kita, bukan?

Allah menguji aku. Uji kesabaran aku. Sampai lah tahap yang aku termampu. DIA bagi aku kesabaran seperti yang aku pinta. Setelah bermacam-macam ujian yang aku tempuhi dengan penuh kesabaran, akhirnya Allah kurniakan aku kebahagiaan. Ganjaran orang yang bersabar ialah KEBAHAGIAAN. Trust me!

Dalam pada aku di uji, aku tak pernah lupa berdoa kepada Allah. Ujian yang diberi mendekatkan aku kepada-NYA. Subhanallah! Hebat sungguh cara Allah itu. Cara DIA mendekatkan aku kepada-NYA. Jadi, berdoalah kerana ia mendekatkan diri kita kepada Allah. =)

Selepas selesai semuanya, perasaan bahagia menyelinap masuk ke dalam hati. Ya Allah! Indahnya rasa yang KAU kurniakan. Terima Kasih Allah! Saya sayang sangat dengan-MU , Ya Allah! Apabila dah diberi nikmat, maka bersyukurlah. Jangan kita sia-sia kan. Buat sujud syukur pun takpe. ;)

Tetapi, dalam setiap hal walaupun bukan salah kita, kita tetap kena mintak maaf jugak. Dan memaafkan sesiapa sahaja walaupun dia tidak meminta maaf. Maaf ini juga satu perkara yang boleh menenangkan hati yang gundah gulana. =D

So, ada empat benda yang boleh dapat en?

1- Kalau kita BERSABAR, Allah bagi kita KEBAHAGIAAN.
2- BERDOA itu menDEKATkan diri kita kepada Allah.
3- BERSYUKUR atas NIKMAT yang dikurniakan.
4- MEMINTA MAAF dan MEMAAFKAN itu satu perkara yang MENENANGKAN.

Itu sahaja untuk kali ni. Sorry kalau tak menarik. Sambung lain masa ea.

p/s: Senyum sahaja bila ada masalah dan semuanya akan selesai dengan baik. So, just keep smile all time. =)

Have a nice day yaa peeps!