Assalamualaikum.
15 Muharram 1434H/29 November 2012.
Hari Khamis, macam biasa program setiap bulan kat masjid, Zikir Munajat bersama Ustaz Badrulamin a.k.a My Abah. Tajuk ceramah pada haritu, bebas kott. Tapi aku ingat, abah cakap pasal hijrah. Hijrah ni bukan bermaksud kita berpindah tempat duduk, tempat bermastautin dsb, tapi hijrah maksudnya perubahan, pengorbanan. Sangat besar maksud hijrah bagi sesiapa yang mendalami maksudnya. Setiap manusia perlu berhijrah dari perangai keji ke perangai baik, malas ke rajin, dan lain-lain. Serious, aku tabik manusia yang berhijrah ni. Bukan senang nak hijrah kalau tak cari hidayah tu. Sama lah jugak macam makanan. Kau tak cari makanan, tak ada nya makanan tu nak datang bergolek golek kat kau. Semua benda pun macam tu jugak. So, selagi terdaya, ada kudrat, carilah hidayah tu, cari keredhaan Allah, berubah lah, bertaubat lah secepat mungkin. Allah Maha Pengampun.
Then, ada lagi abah cakap pasal fitrah. Apa maksud fitrah? Fitrah bermaksud kita kembali kepada tempat asal kita, asal kejadian kita, kembali kepada akidah yang betul berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah dan berbagai bagai lagi maksud fitrah. Klik link ni kalau nak tahu maksud fitrah dengan lebih mendalam, Maksud Fitrah. Jadi, abah ada selitkan cerita dimana seorang hamba telah menunjukkan bahawa dirinya hendak kembali kepada fitrah. 'Saya' dalam cerita ni adalah abah.
*************************
Minggu lepas, saya ceramah di Selayang. Lebih kurang jam 6.30, ketika saya sedang berzikir munajat sebelum saya memulakan ceramah, tiba-tiba ada rakan telefon dan bertanya,
Rakan: Assalamualaikum Ustaz. Maaf mengganggu. Ada seorang cina nak datang, dengar ceramah ustaz. Dia sangat tertarik dengan Islam. Boleh ke, ustaz?
Saya: Waalaikumussalam. Ye, boleh. Bawalah dia ke mari.
Selepas habis zikir, saya nampak rakan saya datang bersama seorang cina, likungan 50-an begitu. Saya nampak dia duduk di beranda. Lalu, jemput dia masuk dan saya perkenalkan dia pada para jemaah.
Saya: Para jemaah sekalian, kita ada tetamu pada harini. Namanya, Tomin or Tomim (Sorry, aku tak ingat) Beliau sangat tertarik dengan Islam. Dan harini, saya jemput beliau bersama sama kita mendengar ceramah.
Tom ini seorang cina beragama buddha yang ingin convert to Islam. Dia kata, "Sejak saya kenal Islam, tidak ada satu pun yang saya tak perkenan dengan Islam." Dia jujur dengan fitrahnya. Fitrah, hakikat kejadiannya bahawa Islam satu satunya agama disisi Allah. Lalu saya tanya, "Jadi, kenapa tidak convert lagi? Convertlah, ramai yang mengalu alukan kamu." Fitrahnya kata, Islam itu cantik, hukumnya baik, ajarannya sempurna. "Saya ada seorang kawan perempuan Islam, saya sangat sangat tertarik dengannya. Saya tertarik dengan Islam. Tapi saya taknak saya convert kerana seorang perempuan Islam. Biarlah saya convert kerana keinginan yang datang dari hati saya", Tom. Walhal, Tom sangat sangat kagum dengan Islam, walaupun bukan kerana perempuan itu.
*************************
Sungguh, aku mengagumi dia yang kembali pada fitrahnya. Dia cari hidayah, dia dapat. Fitrah dan hijrah tu lebih kurang sama. Apa salahnya, kita berhijrah, kembali pada fitrah kita. Sebagaimana mereka yang convert to Islam, begitu juga dengan diri kita ni. Setiap hari, pasti ada dosa yang kita lakukan dalam sedar atau tidak. So, aku just nak korang sedar semua benda ni. Tak banyak, sikit pun jadilah. Benda baik, aku kongsi je. Dan doakan juga agar Tom memeluk Islam dengan sempurna. Aminnnnnnn.
Adiossssss.
p/s: Allah tahu setiap apa yang terdetik dihati kamu. Innamal A'maaalu Binniyyaat. Sesungguhnya, sesuatu amalan itu bermula dengan niat. :)
